1 Dec 2011

Aidilfitri 1433 H

Salam Syawal buat yang membaca entri ini. ;)

Sudah lama aku tak update blog ni : semenjak dua menjak ada telefon baru ni :D rajin pula nak update tentang diri ni :)

Bermulalah apabila, aku, seperti biasa, tahun ini tidak beraya di mana-mana. 1 Syawal di rumah sahaja. Sepertinya sunyi bagai tiada teman, tv sahajalah menjadi pencinta setia aku. Baju raya aku tahun ini warna hijau pucuk pisang & purple putih. Tapi sehingga kini, baju itu tak pernah aku bawa ke rumah orang untuk pergi beraya. Entah mengapa, sama sahaja bagiku hari raya juga hari biasa :')

Tanggal 2 syawal aku sekeluarga terbang pula ke Sabah. Seperti biasa balik ke sana kerana kampung mama ku. Bila naik sahaja flight, pramugara/ri baik lelaki atau wanita memang kemas pakaiannya. Aku pula sebuk merenung mereka. Cantik2, segak2 mereka ya :D setibanya di Tawau, kampung nenekku, aku seperti ramah pula. Tidak seperti tahun2 sebelumnya. Aku sibukkan diri aku dengan melayan Akim, Adeeb (baby) dan adik2 ku. Tiba pula Zara pada 4 syawal, buatkan aku lebih seronok pula bermain dengan baby2 yang ada. Huu. 5 syawal aku pulang semula ke tempat asalku, bandar Kuala Lumpur. Bandar yang tak pernah lekang dengan jammed. Tapi aku redha ;) inilah tempat kelahiranku :)

Belum sempat aku ke kubur untuk melawat arwah emakku. Terasa syahdu dan sayu hati ini apabila terkenang segala kenangan bersamanya dulu. Aku sedekah "Al-Fatihah" dari jauh yang nyata membezakan dunia kita berdua emakku ;') 7 tahun sudah berlalu emak meninggalkan aku. Inilah ketentuan Allah SWT. Aku redha... :)

Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang sudi membaca entri ini. :)

Untuk kamu; sungguh! Aku rindu kamu saat, masa dan jam ini (1:21am).

Wassalam :)

Kadang.....

Di suatu masa yang panjang..
aku termenung sendiri, ape yang berlaku sebenarnya di sekeliling aku?
aku cuba untuk mematangkan fikiran & diri. Bukan mudah hidup di dunia ni. bukan jugak senang untuk mati. :)
Harini aku rasa seperti seseorang yang tiada siapa di sisi. seolah aku seorang diri, sebatang kera dalam dunia ni.
Ramai orang yang aku jumpa, mereka semua gembira, macam aku. tapi hati mereka dan hati aku?? tak ada siapa yang tahu. Aku takut sebenarnya untuk hadapi masa depan. takut aku tersalah langkah. takut aku berseorangan spt yang aku rasa kini. Walaupun aku di hadapkan dengan 1001 dugaan, yang tak terhingga, aku redha dengan ketentuan-Nya. Ape yang aku pelajari dalam hidup ni, supaya jangan banyak merungut, jangan terlalu leka dgn sekeliling, jangan terlalu enjoy, kerana sahsiah diri, adalah dari kita sendiri.

Bahagia Bila Begini :')

Seronok bila tengok ada yang kata aku sentiasa gembira, kerana aku cuba untuk kaburi pandangan mata mereka. Sebaliknya? aku saja yang tahu. Kenangan yang lalu banyak mengajar aku, mungkin aku lemah dengan masa silam, tapi aku tidak bodoh untuk membuat keputusan. Anggap saja lah aku bodoh kerana terlalu mengenang kisah lama, tak mengapa, tapi itu sebenarnya mengajar aku mengenal erti percintaan, erti persahabatan, erti hidup yang sebenarnya kejam. Aku cuba bentuk hidup aku menjadi lebih baik, biar aku bergantung, tapi tidak menyusahkan. Ada sesetengah pihak menganggap aku memperbodohkan mereka, tapi tidak sebenarnya. Kadang aku diam, aku mengiyakan kerana aku buntu, aku cuba fikir semula, jalan apa yang aku harus pilih untuk buat hidup aku jdi lebih baik? Suratan kah semua ini @ kebtulan saja.. Aku tak ada jawapan itu. Aku terus keliru dan buntu hingga kini. Kadang aku tktahu mana arah patut aku tuju. Mungkin, aku perlu beri sedikit ruang untuk berubah menjadi lebih baik, untuk kenal dunia ni, untuk faham peraturan hidup sebagai seorang insan dan hamba-Nya.

Biarlah masa tentukannya. Biarlah waktu bergulir pergi. Biarlah hari berganti hari. Aku masih lagi di sini, cuba untuk btulkan hidup aku. Cuba menjadi lebih baik, walaupun bukan yang terbaik. :') Untuk kamu, katakanlah apa saja tentang aku, aku tulus menerimanya. :) selagi kamu tulus menerima kehadiran aku dalam hidup kamu. :')

30 Nov 2011

27 November 2011 (Ahad)

Hye. Dah lama rasanya tak update tentang diri, dan tentang sekeliling aku.
Tapi, untuk pembukaan cerita kali ini, adalah tentang 27 November 2011 (Ahad)
Untuk 4 tahun yang aku tunggu, aku dah ada segulung Diploma. Mungkin pada orang zaman sekarang, "alah diploma jer, lainlah kalau degree, master". Tapi aku tak peduli apa kata mereka, asalkan aku ikhlas menuntut ilmu Allah atas muka bumi ni.
Alhamdulillah, aku konvo jugak dengan Diploma Komunikasi.

Dapat Dah DIPLOMA!!!! YEAY!!!
Pengalaman pertama dan mungkin aku tak dapat lupakan, bila aku beratur nak masuk dalam dewan konvo tu, aku rasa tangan kaki aku sejuk berpeluh. Tahu kenape?? sebab.... aku gementar, berdebar2 nak jumpa rektor + ambil diploma dkt atas pentas tu. haha! 1001 rasa. Nak buat macam mana, darah gemuruh aku ni kuat. tak kesah laa waktu apa pun, aku mesti berdebar. berdebar yakin aku boleh buat! yeah! akhirnya! masa atas pentas tu, aku tersenyum lebar. :D Bila dah turun, hilang segala rasa gemuruh, berdebar semua!
And then, aku terus mesej sorang insan ni, aku tanya dia, ok tak senyum aku atas pentas tadi, dia jawab ok aje. :) Alhamdulillah! Hehe!
Waktu ni jugak, aku tengok jam pukul 10.20 am, aku terus capai blackberry aku, aku tengok tak ada mesej, tak ada miss call. Dari parents aku. Sbb mereka cakap nak datang, akhirnya mereka datang lepas habis majlis.
Aku tetap tunggu mereka, walaupun waktu tu di Bangi hujan. Basah jubah konvo aku duk cari tempat berteduh bersama seseorang ni. Nasib baiklah dia teman, kalau tak, mesti aku sorang2 lepas keluar dewan konvo tu.
Seronok bila dah keluar dewan, masing2 pergi jumpa salam mak ayah. Dan aku? masih terus menanti. :) Tak mengapa, aku faham kenapa. ;)
Waktu parents aku dah sampai, aku minum dulu dengan mereka dan lepas tu mereka ajak aku pergi beli sesuatu untuk diri aku. Haaaa! Time ni aku gembira bercampur panas, sebabnya cuaca lepas hujan tu, panas! dengan pakai jubah tu ke hulu hilir. Tapi aku tak kesah, sebab itulah hari terakhir aku di KUIS, Bangi. :) Sedih lah pulak. Hmmm.
Parents aku hadiahkan aku Smurfs! Comell sangat!! aku yang nak hadiah tu sebenarnya. hehe! Ader 5 ekor smurfs! Cute sangat2! Aku sukeee! Jadi sekarang, koleksi smurfs aku ada 6! Heee!
Pengakhiran cerita ini adalah aku balik dengan perasaan gembira. :) Seronok bila dah dapat segulung diploma.
Walaupun zaman sekarang orang dah tak pandang diploma, tapi aku hargai berkat ilmu yang aku belajar :)
Alhamdulillah tak terhingga aku ucapkan..... :)

17 Jun 2011

15 Jun & 17 Jun 2011

Wahh. Tengok pada tarikh ni, bukan tarikh special aku. tapi utk kedua abang2 kesayangan aku, the twoly bro. Hikhik!! :D 15 dan 17 hari lahir abg2 aku. Dan waktu ni, ayah aku da janji nak wat kenduri sikit antara anak-beranak, tapi ni da pukul 10.20pm daa, kenduri atas tilam jelahhh :( haish!!

Hadiah2 untuk kedua-dua abg aku! Hee! Sama tapi berbeza! :p
Selamat Hari lahir Along & Angah semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu :) AMIN.
Ini jelah hadiah yang mampu aku bagi dekat korang buat masa ni. :)  Hadiah ni share duit dgn kawan aku KK. hikhik!.

Lengan Hampir Patah!

Pagi pada tarikh ni, aku ada interview dkt Kendi Warisan Sdn Bhd. Sama ada aku dapat kerja dkt situ atau tak, WALLAHUALAM. Pasrah sajer. :) Post ni bukan nak cerita pasal interview tu. tapi pasal tangan aku yang nak patah ni haa. Mau2 ada jugak kene stroke. Hmm!

Kejadiannya apabila kisah seorang aku dan seorang dia bergaduh. Kenape ek?? Maybe sebab aku tak ada mood atas sebab2 tertentu setelah 3 hari sebelumnya. Tibalah hari ke 3 iaitu, pada hari ini, aku moody sepanjang hari. Bukanlah ape, cuma, terasa macam lemah sangat. Mungkin aku rasa terganggu dengan macam2 perkara. Kepada seorang dia, maafkanlah aku waktu itu, kerana aku rasa, hilang sabar dgn semuanya. :) thanks! ;)

Bila dah gaduh, macam2 lah jadi kan. Yang terjadi antara seorang aku dan seorang dia tu, bila dia pgg lengan aku kuat2 mcm nak patahkan pun ada. Katanya taknak lepas selagi aku moody. Come on lah dear, masa tu tangan tu sakit, hati pun sakit, kene lah faham. Ya?? Thanks again kepada seorang dia yang selalu bersabar dgn aku. :) "aku hargai kau sebenarnya, cuma aku sangat2 lah rasa terganggu, sbb tu aku nak bersendirian je, tapi kau pulak pujuk ak macam wrong time, sorry dear" :')


Haa, ni lah tangan aku seorang dia telah smash, SEDAP weh! T.T

Fuhh! Kene smash tau lengan aku ni. sakit gilaaaaaaaaaaaa!!!! nampak bengkak tu. ni pun  kebas jer rasa. Fuuuhhhh! Menangis tak berlagu dah aku masa tu. Sesungguhnya aku nak bagitahu kepada seorang dia, "sakit sangat2 :( sebab tu saya nangis jer.. saya tak pernah nangis sebab sakit fizikal orang buat, kecuali parents, dan hari ni adalah KAMU" :( 

Bertampal dah tangan aku. Orang langgar pun mungkin aku akan maki orang tu. hakhak! Sebab sakit sangat2 :( Kenangan yang paling tak dapat aku lupakan. ;)

11 Jun 2011

Pergilah Kenangan..

"Kenape yang berlalu tu pasti menjadi satu ungkitan, atau seolah-olah seperti jelmaan, yang menghantui diri mu. Kenapa tidak dihapuskan begitu sahaja? Mengapa ada saja yang masih menganggu, meraung dan terseksa? Kau dan aku takkan mungkin bersatu, mengapa kau terus menyalahkan aku? Menyalahkan masa silam ku? menyalahkan dia yang aku sayangi? Cukuplah semuanya yang berlalu. Kau takkan mungkin memiliki aku lagi. Apa yang berlaku, hanya suatu persinggahan untuk mengajar kau dan aku erti kasih dan sayang di dunia ini. Sudah, cukuplah kau berdendam dengan ku, sekian lamanya dah pun ak lupakan semuanya. Mungkin tidak pada kau, YA! Berilah ruang pada diri kau sendiri, untuk membetulkan semuanya. Yang berlalu tetap akan berlalu. Yang akan datang, pasti akan menjadi lebih baik. Buanglah segalanya yang pernah menjadi dendaman kita. Sucikan semuanya. Biarkan aku di sini menjalani kehidupan ku sendiri. Tiada apa yang akan lebih membahagiakan aku kecuali dgn pilihanku sendiri. Maafkan semuanya..."

9 May 2011

AKU Versi KARTUN :D

Waktu aku di PBAKL 2011, kadang-kadang bosan, kadang-kadang seronok layan customers, tapi aku berkesempatan jugak pergi lukis muka aku dekat booth Gila-gila. Opss! Bukan muka aku sorang, tapi berdua, dengan adopted sister aku sekali. Hee!

  
Inilah bro yang lukis muka aku & adopted sis aku, Liana
Pelik beno aku tengok muke aku bila dah dilukis. Tapi nak kata sebijik tu taklaa jugak kan. Tapi antara 5 bintang, aku kasik bro ni 4 bintang. Heee! OK lah tu kan bro! :P Apepun thanks kepada yang berkenaan, SEBAB, kalau bukan dia, aku rasa, aku tak lukis kut muka aku macam yang bro tu tgh buat tuu. Hehe!!

Gambar ni aku terbalikkan, tapi ADA AKU KESAH? :P
Tulahh dia muka aku dan adopted sister aku lepas dah kene lukis. Yang ni bukan lukis muka depan2, tapi bro tu tengok dalam hp aku jer, SEBAB, waktu ini aku tak bole lari macam tu aje tinggalkan booth, sebab nanti tak ada siapa nak jaga booth tu, kihkih! Pekerja dedikasi xD Yang aku nampak dalam gambar ni, muka aku yang sama pun sebab ada 'speck', kalau tak? Errrr! ENTAH! Haha!

Kekanda Adinda ;)

Aksi gitar MonoLoque
 Waktu bertugas di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur juga banyak artis yang aku jumpa. Antaranya kumpulan In-Team, Aizat, XPDC, Lah VE, Amir Ruffedge, ramai lagi! Tapi yang datang ke booth aku dan buat persembahan, sorang je, MONOLOQUE, tapi ATILIA takde, MonoLoque sahaja. MonoLoque di jemput untuk memeriahkan booth tempat aku bekerja dan berbincang tentang buku. Hehe. Dapat berbual dengan dia sekejap waktu nak get ready ambil gambar. Dia sempat menunjukkan aksi dengan menggunakan jari dia ketika main gitar, Aku pun ikutlah gaya yang ditunjukkan tu. Hehe!! Dan aku dapat dengar LIVE dia menyanyi lagu Kekanda Adinda dengan menggunakan gitar sahaja, berduet dengan seorang staff perempuan di tempat ak bekerja. Sangat happening orangnya! ;)

MonoLoque ekot aksi aku pula :D

Penggiat Seni Makyung!

Apa Makyung tu? Ia mengetengahkan hampir keseluruhan aspek Makyung, sekaligus membuktikannya sebagai sebuah seni persembahan autentik yang lengkap dengan segala unsur seni. Antaranya teater, tari, lagu, mime, muzik, lelucon, ritual, malah unsur mistik yang terkenal sebagai amalan penting dalam seni persembahan tradisional satu ketika dahulu.

Bahagian Keempat dalam buku Makyung menerangkan tentang “Tokoh Makyung” (itupun kalau anda membaca buku ni), merangkumi lima bab terakhir yang memperkenalkan kepada khalayak pembaca tokoh-tokoh Makyung yang terdiri daripada Seniman Negara, Khatijah Awang; Guru Makyung, Fatimah Abdullah; Adiguru Rebab, Che Mat Jusoh; dan Bintang Harapan, Rosnan Abdul Rahman.

Sebelum Rosnan memulakan persembahan

Rosnan - sewaktu melakukan persembahan
Rosnan Abdul Rahman? Siapa tu?? Haa, dia adalah seorang pelakon yang melakonkan empat watak sewaktu Rebab Berbisik yang berlangsung di Istana Budaya pada 10 April 2011 (time ni company ak je yang pegi tengok) :p Dia sangat hebat! Fuhh! Dia ada juga datang di PBAKL 2011 dkt booth temoat ak bekerja dan masa tulah ak berpeluang tgk persembahan dia dan SNAP gambar bersama dia! Hee!

Bila Aku Bertemu.. Sasterawan Negara!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 habis berlalu, walaupun aku post ni agak lama, SEBAB busy (kononnye) dengan kerja. Apepun kenangan yang paling aku takkan lupa, bila bersemuka dengan Sasterawan A. Samad Said. Fuhh! Kali pertama, macam nervous. Haha! Sebab ak minat sastera-sastera ni, tapi belum pernah jumpa dengan Sasterawan negara yang paling ak minat! Syukurlah, akhirnya tercapai impian ak, bila tempat ak bekerja jemput A. Samad Said datang untuk Program Bicara Sasterawan Negara. 

With Sasterawan Negara A. Samad Said

Waktu Mendengar Bicara Sasterawan Negara

Ape yang buat aku KAGUM dengan A. Samad Said ini, waktu dia berbicara ataupun bercakap dengan sesiapa pun, dia menggunakan bahasa BAKU. Dan aku sangat tertarik dengan beliau sebab beliau seorang yang sangat MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU. Tentulah kan, sebab beliau kan Sasterawan Negara yang tersohor. Aku jugak dapat info yang beliau tak suka sangat kalau ada orang Melayu yang speak English dengan beliau. Fuhh! HEBAT kan! Sangat meminati beliau! ;) DULU aku bercita-cita nak belajar SASTERA MELAYU dengan lebih mendalam. Tapi :( DULU jugak arwah mak aku tak bagi aku ambil bidang tu. Dan SEKARANG aku MASIH meminati SASTERA. :)

21 Apr 2011

Preparation PBAKL 2011 - PWTC

Half day aku di sana. Ape yang aku buat? Aku susun buku, deco buku, angkat buku ke sana sini. Kalau nak citer, boleh! Tapi untuk masa sekarang, aku TIRED gila-gila. Apepun good job! Semua yang datang tadi, membantu walaupun tak banyak. Well, itu citer pasal Pesta Buku Antarabangsa KL 2011. Ape yang aku harapkan, semuanya berjalan ngan baik. And hopefully aku tak jatuh sakit sepanjang PBAKL 2011 diadakan.

Kepada insan yang berkenaan,
Maaf untuk hari nie, sebab saya terpaksa 'tinggalkan' awak. Bukan abaikan awak, tapi atas urusan kerja. Walaupun banyak salah faham, saya tetap takkan lupakan awak :) Itu janji saya! ;) Dan, maaf kalau sikit sangat masa saya 'spend' untuk awak. Sebab saya PENAT sangat2 awak :( Tolong faham saya dan terima kasih kerana faham saya. Maaf kerana kebanyakan sejak kita kenal, banyak salah faham. Apepun, itu bukanlah menjadi satu bebanan. Don't worry yup! :D To my 'ED', always miss you. ;D Lalalala~ Hehehe. I'll call you tonight~ See u there! Maaf tuk' sepanjang hari ini yeah ED. ;)

Kepada diri sendiri,
Good Luck untuk "STEP" seterusnya. Semua yang berlaku di atas dunia ini mempunyai sebab. Jadi, tabahlah dengan setiap STEP yang bakal di tempuhi~ 
Ya Allah, BENAR aku tak terdaya dgn ujian-Mu, dengan itu, Kau kurniakanlah aku kekuatan hati, ketabahan jiwa, ketenangan hidup. Tuntun langkah ku ini ya Rabbi. Aminn.

20 Apr 2011

Kita Sebagai Pelakon Di Pentas Bumi

Untuk sekian kalinya aku memerhatikan apa yang ada di sekeliling aku.
Hidup aku, kerja-kerja aku, semuanya yang berkaitan.
Sejenak aku termenung..
Mengingatkan bencana alam yang semakin memakan bumi.
Aku toleh kanan dan kiri, dan aku pejamkan mata tertanya sendiri 'apa yang aku cari atas bumi ini?'.
Apa yang akan jadi kepada bumi esok, lusa dan seterusnya?
Alangkah indahnya jika aku dimatikan sebelum datangnya hari kehancuran itu. Hmm.
Teringat pada Surah ini...

Bismillah..
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
Aminnn..

Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18) 

Sedar atau tidak kita sebagai hamba yang hidup di bumi-Nya, sebagai khalifah di Bumi ini.
Tapi ape yang aku lihat pada zaman ini, zaman yang dipanggil 'moden' ini, bakal menghancurkan semuanya.
Ramai manusia yang ingin di angkat darjatnya, terlalu banyak bencana alam berlaku di sana sini.

Kesimpulannya, semuanya terbalik, sama seperti bumi ini akan dilipat oleh-Nya.
Penyelamat manusia hanya 1, junjungan besar Baginda Rasullullah SAW, yang akan memberi syafaat kepada umatnya.
Sebelum baginda meninggal dunia, hanya 1 yang diingatinya "ummati" iaitu umatku.
Terharu dengan sikap baginda yang tidak pernah letih dan jemu menyeru kepada semua manusia untuk memegang Islam. Kerana baginda tahu, tiada lagi Nabi yang akan diutuskan ALLAH untuk mengajak manusia memperjuangkan Islam. 


*Muhasabah Diri* dan mengingatkan kepada yang lain. Aminn.

19 Apr 2011

MUNGKIN ini yang tertulis di tangan takdir???
KU TERIMA semua ini.............

Imbasan Jiwa

Duhai kenangan...
Apesal lah kau perit sangat-sangat??
Tak tertanggung rasanya bila TERimbas kenangan silam.
Kata orang 'untuk apa di ingat? Kalau hanya untuk menambah sedih?'
Cepatlah masa berlalu, cepatlah bumi ni berputar, supaya aku mampu lupekan kenangan-kenangan silam.
Menangis tak terhingga apabila seseorang datang dan pergi.
Kalau semua ini berakhir dengan perpisahan, tak ingin aku dekati pertemuan.
Tapi itu memang tak boleh dipisahkan.
Setiap yang hidup pasti mati.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Begitu juga gembira pasti ada sedih.


Duhai hidup...
Peritnya perjalanan ini ku rasakan.
Tapi aku harunginya dengan ketabahan dan doa.
Apalah daya untuk aku tangisi setiap yang mendukakan aku?
Kata orang, hidup ibarat roda.
Adakalanya aku mampu bangun sendiri.
Adakalanya aku tersungkur berdarah.
Namun aku tetap sendiri, di sini, hari ini, jalani kehidupan ini.
Langkah demi langkah aku maju untuk buat diri ini lebih gembira.
Siapalah aku tanpa 'mereka' di sisi?
Namun aku tetap sendiri dan masih sendiri.


Duhai hati...
Tabahlah memijak duri di bumi ini.
Harungilah dengan cekal.
Pejamkan mata, bernafaslah dengan tenang.
DIA melihat setiap langkah ini.
Moga hati yang sepi ini tabah menanti ujian dari-Nya


Terima kasih wahai Tuhan ku,
Yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya,
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan,
Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang,


Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan,
Mengizinkan ku minta pada-Mu,
Memuja memuji sepenuh hatiku,
Memohon munajat pada-Mu ya Rabbi,


Tapi aku KHUATIR ketika MENGHADAPMU,
Tidak pula pandai BERADAB dengan-Mu,
Aku mula BIMBANG kalau aku DERHAKA dalam keTAATan,
Bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat,
Tapi ku kan dapat KEMARAHANMU,
Ya Rabbal Alamin MAAFKANLAH AKU...
Ya Rabbal Alamin MAAFKANLAH AKU........

T___T

14 Apr 2011

:(

10 April 2011. Ahad.

Again & again!! Urgh!! Sekali lagi, aku rasa macam sedih sangat waktu nie, sebab aku tak dapat ape yang aku nak. Hmm, entah kenape aku rasekan 'mereka' lain sangat. Mungkin aku bukan di kalangan orang yang baik, kan~ Tapi takpelah aku anggap semua tu dugaan dalam hidup aku.


Untuk pertama kali aku rasa bila aku dapat tiket ni, aku dapat bawak 'dier' untuk kali PERTAMA nya ke Istana Budaya. Bukan senang nak ke sana tengok teater kan. Tapi what can i do?? :'( ada beberape hal yang tak dapat dielakkan. Tak tercapai hasrat aku nak bawak 'dier' tengok 'Rebab Berbisik' yang dipersembahkan oleh Rosnan Rahman dan pihak Istamuzika. Ketika ni, aku lah orang yang paling exited. Dan aku dapat rasa 'dier' pun exited masa tu, tapi tak dapat nak pergi. Maafkan saya! :( Apepun one find day, i akan bawak u okey. That's my PROMISE! :')

6 Apr 2011

LOVE Starbucks BeCuz of DIA...~

Hye! Hehe, aku nak story sikit macam mana aku boleh bercinta pulak dengan Starbucks ni haaa. Pada suatu ketika dahuluu.., huu, aku terjumpe dengan seseorang, dulu aku tak pandai pun nak order-order Starbucks nie. Tapi skang ni da pandai laa. xD Hee! Dia tanya aku nak air ape, aku jawab 'taktau, takpandai'. Pastu dia pun orderkan aku Javachip Venti. Dalam hati aku mase tu, 'amende kejadah lahh venti tu..'. Hehe!


Tapi kan, sekarang ni, tekak aku tak bole masuk dah Javachip Venti tu. Skang ni minum Chocolate Cream Chip Venti. Wah wah!! Hehehe!! Sebab ape ek aku suke sangat?? Mungkin sebab ada rasa cream cream milk kott..! Heee!! Aku kan penggemar susu. Cuma sekarang ni dah jarang sangat nak minum susu. Banyak minum air kosong sahaja~ Lalala~
DAN, seseorang yang cadangkan aku Starbucks ni punn skang, dah minat minum ape yang aku order. Weee! Pengaruh yang kuat, ahaksss!! xD

Apabila Aku Menjejakkan Kaki Ke Istana Budaya~

24 Mac 2011, 8.30pm......

Fuhh! Lama ekk tarikh tuu. Not bad lahh kann. Kenape dengan tarikh tu??
Haaa, bukan ape, di sebabkan kepenatan bekerja seharian, aku tak menyempat nak meng'update' blog aku ni. Ini lah kali pertama aku aktif berblog.

Berbalik dengan tarikh keramat di atas tuuuuu. Haaa, special sikit. Sebab aku dapat tiket FREE untuk pergi menonton Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal. Haaa, kebetulan masa tu tempat aku bekerja bersama-sama menjayakan pementasan ni. Best killer dapat tengok lakonan Awie, sebagai watak Lat ketika dewasa. Best best!! Hee!! Itulah kali pertama aku masuk ke Istana Budaya. Haishh! Nama je orang KL, bukannye ape, tiket nak masuk pementasan teater bukan murah kan. Dapat je peluang macam ni, aku bersyukurlah~ ;)

LKBSM, Panggung Sari, Istana Budaya

Kata salah seorang staff di tempat aku bekerja ketika ni, dia kata, aku dengan kawan aku nie, dapat tiket berharga RM200! Fuhh! Masyukk enn! :D Cuba bayangkan, 1 seat jer RM200, tengok movie pun baru belasan ringgit. Anyway, aku berterima kasih kepada Penyelia aku sebab sudi bagi tiket free dekat aku dan kawan aku. Hehe!!

Bercinta dengan Dora-Elmo! :D

Dengan tajuk di atas tu, aku nak bagitahu kamu kamu semua yang di luar sana yang mengenali diri ni. Aku tak suke sangat BEAR a.k.a patung bear lahh kan. Entoh ek kenape, sebab aku tak suke beruang kottt. Hahaha!! Jadi, aku lagi suke toys macam Spongebob ker, Patrick ker, tapi semua tu biase-biase jehh~ :D

Dan yang menjadi kegilaan aku, bila dapat toys Dora & Elmo dari seseorang yang berkenaan lahh. Happy killer dapat toys macam tu. Yelah, sometimes bukan murah pun, kan? Kalau murah pun masih bentuknya macam Dora & Elmo, aku dah cukup berterima kasih kepada dia! Lalalala~ Heee!


Ahaks!! Inilah Dora & Elmo aku! Siang-siang aku kasik dorang duduk dekat atas meja belajar aku. Malam-malam, aku jadikan dorang ni TEMAN TIDUR, hihi! Satu belah kanan dan kiri aku! Eheee!! Dua-dua toys ni, pemberian orang yang berkenaan. Huh? Siapa ek? Ader arr insan tu! Hehe! Elmo tu wrna biru, aku meminati jugak warna biru macam Elmo tu! Apepun, aku sayang mereka! Haha~









Ahaaa!! ini pulak adalah toys KUDA yang aku minat! Tapi bukan aku punye :(
Kepunyaan adik-adik aku. Apepun, nanti dorang dah besar sikit, aku nak simpan! Weeee!!
Comel KUDA BELANG ni kalau tengok depan-depan, boleh berdiri tau! Haaa! KAU ADA?? Wek!! Hihi!! Sayangg semua TOYS aku..!

Pukul lah aku! Bunuh aku sekalipun!

6 April 2011, ape yang mengejutkan aku, apabila My Sis Liana bagitahu aku Ex aku adelah seorang hamba Allah yang sangatt baik hati tu, FITNAH aku. Walaupun aku tahu macam-macam yang dia fitnah aku tapi kali ni dia fitnah aku dekat Ex aku jugak. Kononnya aku nak baik semula dengan dia? Duhaii Hamba Allah, cukup-cukup lah kau dah pijak, tendang, pukul aku sesuka rasa kau. 

Menjadi persoalan sangat pada diri aku yang kerdil lagi hina ni, kenape lah manusia tu dah terhantuk baru nak terngadah? Selalu sangat aku dengar pepatah tu. Hargailah apa yang kita ada & miliki sekarang. Bila da takda?? Baru lah nak menyesal, kecewa, sedih, menangis sekalipun???
 
Kadang aku pun terfikir, apelah salah aku sampai di perlakukan seperti ini? Sebab aku hamba yang lemah dengan setiap ujian yang dapat kat aku.
To someone, pleasee! aku merayu sangat-sangat dekat kau, terima semua ini dengan hati terbuka. Jangan blame aku lagi, atau fitnah aku, atau INGAT aku sekalipun!
Aku tak benci kau, cuma aku taknak kenang lagi peristiwa hitam masa lalu.
Aku dah lama maafkan kau, tolong pergi jauh dari dunia aku.. PLEASE!

To My Dear Sis, Liana, terima kasih sebab bertanya dulu sebelum apa-apa kemungkinan yang MUNGKIN berlaku. Terima kasih sangat-sangat! :)

4 Apr 2011

Ciannn~

Semalam aku ditugaskan menjaga CS di tempat kerja aku kerana mereka ke Putrajaya.
Oleh itu, datanglah seorang 'customer' ni. Dia dari Subang. Dia kata dia bosan and taktau nak buat apa. Maka, dia pun datang office aku, dia lepak situ baca-baca ape yang patut. Haaa, yang atas ni pic dia tengah baca paper dengan seriusnya. Agaknye ada news yang PANAS kutt. Hihi! Masa ni pulak aku tgh jaga CS sambil mengadap pc. Ni pic curi2! Haha. Apepun, aku wish "Thanks" dekat 'customer' ni sebab sudi tunggu aku sampai habis kerja sebab nak balik sesama, and dinner sesama. Hehehe. Dia setia menunggu! Terbaiklah!!

31 Mar 2011

Kasut-Kasut Kepunyaan Aku~

Actually aku takde mood ni, rase mcm nak maki semua orang, ader je bende tak kene.
So utk tenangkan aku dari pikir semua bende tah pape tu, ak ngadap laa blog ni.
Tak ader ape yang aku nak share kat sini, cume aku suke share tentang APA YANG AKU ADA.
Ada pemberian orang ada jugak yang aku beli sendiri. Well, saiz kaki aku 9, tgok jugak jenama kasut, kadang 9 pun tak muat, kaki besar laa, tengok ketinggian arrr. Haha!! 


Ahaaa, ini ajelaa yang ak ader. Tapi ini belum termasuk kasut kerja aku, croc, slipar2 aku, hihi!! Ader jugak yang aku slalu pakai, ader jugak yang aku pakai jarang2, tapi ak bergilir laa pakai kan. Takut nanti merajuk pulak koleksi2 aku nie. :) Aku pun taktau lepas ni nak tambah koleksi kasut lagi or bende lain pulak?? Haish~ Ni je yang aku ada utk sarung kaki aku ke mana-mana aku SUKE! Eheee!!

30 Mar 2011

Gadget Yang Aku SAYANG sangat!

Haa, cerita kali ni, aku nak share dekat korang pasal gadget yang palinggg aku SAYANG buat masa sekarang. Ada pemberian orang, ada jugak aku beli. ;) Well, hidup student kan, mana mampu jelah, itu pun aku dah berSYUKUR sesangat! Setakat nie, aku mampu miliki yang ini saje, mungkin kalau aku da bekerjaya, boleh simpan duit and etc, mampulah aku UPGRADE gadget2 aku nie. Hehehe. Selalu gak kan, aku dengar mulot segelintir masyarakat kita zaman skang "hek elee, setakat bla bla bla, bukan mahal or bla bla bla, tak payah berlagak laa". Haaa camtu laaa TREND skang. tapi pada PRINSIP aku, ape yang kita mampu, BERSYUKUR lah. :)
Aku pun tak minat sangat gadget2 nie, sbb ak ni jenis suke MENYIMPAN jugak. Pada aku, bila aku shopping, aku akan beli APA YANG PERLU jer. Mcm nak gila shopping tu, tu bukan aku walaupun aku tahu perempuan ada 9 nafsu! 

Ehee! Nie laaa gadget-gadget kesayangan aku! yeahhh!!!! LOVE IT!!


Haa, hi laa gadget2 yang aku SAYANG sangat!! Tak seberape, tapi OK lahh kan, daripada orang lain yang takde?? Heee. Aku berSYUKUR dengan ape yang aku ada. Tak perlu BERLAGAK atau BONGKAK, tapi terimalah apa adanya. ;)


Ahaks! Yang hujung pic atas ni, PERFUME aku, bau dia agak-agak smooth sikit and best! Hihi. Tu jelaa yang aku mampuuu stakat nie. Tapi susah pulak rase nak cari perfume tu.. Jadi, kadang aku ni bertukar-tukar pakai perfume. Ikut citarasa aku lahh senang kate. Hehe. Apepun, aku sayang sangat gadget2 yang aku ada. Lalala~ :))

29 Mar 2011

FACE it !


Hye.
Entah ek kenape, harini aku rasa macam susah betul nak senyum.
Pressure ke aku?? Tak, tapi aku gembira. Mungkin sebab ader someone tu buat aku takde mood SELEPAS tghari.
Alaa, biase laaa, orang mengada-ngada mcm aku ni, kan~
Hmm, kadang yang berkenaan tu buat tak retii jer ngan aku. Mungkin ak cube harapkan perhatian dia. Tapi dia, time tu, mcm endah tak endah je. Takpela. Aku just keep in silent mode mulut aku ni, and hp ak jugak. Bukan per, SENGAJA busykan diri aku dengan kerja-kerja kat office tu. Tiba je waktu BALIK, aku balik rumah macam biase, drive mcm orang takde mood, and sampai rumah pun mcm orang tkde mood. So, masa dalam kereta, nak tanggalkan kasut kerja aku, tetbe tgn aku terheret dengan skru kat kereta tu, tepi seat belt, tah pahal! dah berDARAH!! ++ lah aku punya moody!! Dengan takde orang pujuk kan.. T_T Pedih wehh luka nih.. Ermm!
Apelaa yang aku rase ni...... T_T sedih, kecewa, sakit hati, benci, rindu, marah.. Ya ALLAH...! Tabahkanlah hatiku! :(

28 Mar 2011

Kadang apa yang di impikan, MUSNAH.

"Ombak yang menjamah, Kakiku sekali, Takkan dapat kukenali lagi"

1st aku dengar lagu ni dalam kereta masa on the way ke office. Macam sayu pulak lagu yang didendangkan ni. Bukan sebab aku KECEWA atau SEDIH, cuma KADANG terKENANG walaupun 'rasa' tu dah HILANG. Tapiii.. ape yang paling penting, I'm HAPPY now with my new life! ;)


ISTILAH BERCINTA

Kau kata kau CINTA,
Kau kata kau SAYANG,
Kini ENTAH di mana,
Tiada lagi kemesraan.

Kau kata SETIA,
Hanya AKU saja,
Tapi HILANG ke mana,
Tiada lagi kenangan.

Ku TABAHkan hati,
Ku GENGGAM azimat,
Untuk ku BALUT LUKA semakin menDALAM,
Biarku HADAPI walaupun TERGUGAT,
Akan ku BENAMkan biar jadi DEBU.

Kini ku MENGERTI,
ISTILAH SEBENAR,
Di dalam BERCINTA,
Tiada kepastian,
Tiada penentuan,
Akan kebahagiaan,
SEMUA PERCINTAAN,
Haruslah BERKORBAN,
Tiada batasan.

Birthday Girl ~

HAPPY BIRTHDAY TO MY LIL SIS "NURUL MARDHIAH"
28/03/2011 genaplah 3tahun satu2nya adik perempuan aku.
Happy jugak celebrate bufday dia~ :D sebab aku jadi 'CameraWoman' hihi!
Ni kek Mango dr Secret Receipe. Aku tak suke sangat kek, tapi makan lah sikit kan~ :D

 Ni laa adik aku, dengan hadiah yang abang aku hadiahkan untuk dia.
Muke dia memang nak masam jer time tu, moody kot sebab masa tu aku tak bagi dia bukak hadiah dia tu, tunggu abah & mama aku habis solat Isyak, buat doa selamat cket antara keluarga. Aminn! :D


Happy (^^,)

Susahkan kalau ape yang kite harapkan sangat tu tak dapat, atau dalam kata lain, tak dipenuhi. Herm, susah nak describe perasaan aku bila kedua orang tua ak, TERAMAT risaukan keselamatan ak. Sebab aku PEREMPUAN? Yeah, antara salah satu sebab laa kut kan. Tapi aku tak pandai nak kawal perasaan ak ni kalau tak dapat sesuatu bende tu. MESTI merajuk, or DIAM kan diri. Memang sedih, kan?? :(


Aku bagitahu kat parents aku, aku nak ke Perak, sebab nak teman Liana. Seksa gak nak tunggu jawapan tu. Mood ak mse tu takpayah ckp laa. Tapi dengan berkat doa, solat, and aku yakinkan parents aku, akhirnya mereka bagi aku pergi! Mase tu aku rase nak menjerit je!! Sebab, bukan senang aw parents ak nak bagi ak pi jejauh. And aku say thanks also HAPPY!!!