20 Apr 2011

Kita Sebagai Pelakon Di Pentas Bumi

Untuk sekian kalinya aku memerhatikan apa yang ada di sekeliling aku.
Hidup aku, kerja-kerja aku, semuanya yang berkaitan.
Sejenak aku termenung..
Mengingatkan bencana alam yang semakin memakan bumi.
Aku toleh kanan dan kiri, dan aku pejamkan mata tertanya sendiri 'apa yang aku cari atas bumi ini?'.
Apa yang akan jadi kepada bumi esok, lusa dan seterusnya?
Alangkah indahnya jika aku dimatikan sebelum datangnya hari kehancuran itu. Hmm.
Teringat pada Surah ini...

Bismillah..
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
Aminnn..

Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18) 

Sedar atau tidak kita sebagai hamba yang hidup di bumi-Nya, sebagai khalifah di Bumi ini.
Tapi ape yang aku lihat pada zaman ini, zaman yang dipanggil 'moden' ini, bakal menghancurkan semuanya.
Ramai manusia yang ingin di angkat darjatnya, terlalu banyak bencana alam berlaku di sana sini.

Kesimpulannya, semuanya terbalik, sama seperti bumi ini akan dilipat oleh-Nya.
Penyelamat manusia hanya 1, junjungan besar Baginda Rasullullah SAW, yang akan memberi syafaat kepada umatnya.
Sebelum baginda meninggal dunia, hanya 1 yang diingatinya "ummati" iaitu umatku.
Terharu dengan sikap baginda yang tidak pernah letih dan jemu menyeru kepada semua manusia untuk memegang Islam. Kerana baginda tahu, tiada lagi Nabi yang akan diutuskan ALLAH untuk mengajak manusia memperjuangkan Islam. 


*Muhasabah Diri* dan mengingatkan kepada yang lain. Aminn.

No comments:

Post a Comment