11 Jun 2011

Pergilah Kenangan..

"Kenape yang berlalu tu pasti menjadi satu ungkitan, atau seolah-olah seperti jelmaan, yang menghantui diri mu. Kenapa tidak dihapuskan begitu sahaja? Mengapa ada saja yang masih menganggu, meraung dan terseksa? Kau dan aku takkan mungkin bersatu, mengapa kau terus menyalahkan aku? Menyalahkan masa silam ku? menyalahkan dia yang aku sayangi? Cukuplah semuanya yang berlalu. Kau takkan mungkin memiliki aku lagi. Apa yang berlaku, hanya suatu persinggahan untuk mengajar kau dan aku erti kasih dan sayang di dunia ini. Sudah, cukuplah kau berdendam dengan ku, sekian lamanya dah pun ak lupakan semuanya. Mungkin tidak pada kau, YA! Berilah ruang pada diri kau sendiri, untuk membetulkan semuanya. Yang berlalu tetap akan berlalu. Yang akan datang, pasti akan menjadi lebih baik. Buanglah segalanya yang pernah menjadi dendaman kita. Sucikan semuanya. Biarkan aku di sini menjalani kehidupan ku sendiri. Tiada apa yang akan lebih membahagiakan aku kecuali dgn pilihanku sendiri. Maafkan semuanya..."

No comments:

Post a Comment