21 Apr 2011

Preparation PBAKL 2011 - PWTC

Half day aku di sana. Ape yang aku buat? Aku susun buku, deco buku, angkat buku ke sana sini. Kalau nak citer, boleh! Tapi untuk masa sekarang, aku TIRED gila-gila. Apepun good job! Semua yang datang tadi, membantu walaupun tak banyak. Well, itu citer pasal Pesta Buku Antarabangsa KL 2011. Ape yang aku harapkan, semuanya berjalan ngan baik. And hopefully aku tak jatuh sakit sepanjang PBAKL 2011 diadakan.

Kepada insan yang berkenaan,
Maaf untuk hari nie, sebab saya terpaksa 'tinggalkan' awak. Bukan abaikan awak, tapi atas urusan kerja. Walaupun banyak salah faham, saya tetap takkan lupakan awak :) Itu janji saya! ;) Dan, maaf kalau sikit sangat masa saya 'spend' untuk awak. Sebab saya PENAT sangat2 awak :( Tolong faham saya dan terima kasih kerana faham saya. Maaf kerana kebanyakan sejak kita kenal, banyak salah faham. Apepun, itu bukanlah menjadi satu bebanan. Don't worry yup! :D To my 'ED', always miss you. ;D Lalalala~ Hehehe. I'll call you tonight~ See u there! Maaf tuk' sepanjang hari ini yeah ED. ;)

Kepada diri sendiri,
Good Luck untuk "STEP" seterusnya. Semua yang berlaku di atas dunia ini mempunyai sebab. Jadi, tabahlah dengan setiap STEP yang bakal di tempuhi~ 
Ya Allah, BENAR aku tak terdaya dgn ujian-Mu, dengan itu, Kau kurniakanlah aku kekuatan hati, ketabahan jiwa, ketenangan hidup. Tuntun langkah ku ini ya Rabbi. Aminn.

20 Apr 2011

Kita Sebagai Pelakon Di Pentas Bumi

Untuk sekian kalinya aku memerhatikan apa yang ada di sekeliling aku.
Hidup aku, kerja-kerja aku, semuanya yang berkaitan.
Sejenak aku termenung..
Mengingatkan bencana alam yang semakin memakan bumi.
Aku toleh kanan dan kiri, dan aku pejamkan mata tertanya sendiri 'apa yang aku cari atas bumi ini?'.
Apa yang akan jadi kepada bumi esok, lusa dan seterusnya?
Alangkah indahnya jika aku dimatikan sebelum datangnya hari kehancuran itu. Hmm.
Teringat pada Surah ini...

Bismillah..
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
Aminnn..

Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18) 

Sedar atau tidak kita sebagai hamba yang hidup di bumi-Nya, sebagai khalifah di Bumi ini.
Tapi ape yang aku lihat pada zaman ini, zaman yang dipanggil 'moden' ini, bakal menghancurkan semuanya.
Ramai manusia yang ingin di angkat darjatnya, terlalu banyak bencana alam berlaku di sana sini.

Kesimpulannya, semuanya terbalik, sama seperti bumi ini akan dilipat oleh-Nya.
Penyelamat manusia hanya 1, junjungan besar Baginda Rasullullah SAW, yang akan memberi syafaat kepada umatnya.
Sebelum baginda meninggal dunia, hanya 1 yang diingatinya "ummati" iaitu umatku.
Terharu dengan sikap baginda yang tidak pernah letih dan jemu menyeru kepada semua manusia untuk memegang Islam. Kerana baginda tahu, tiada lagi Nabi yang akan diutuskan ALLAH untuk mengajak manusia memperjuangkan Islam. 


*Muhasabah Diri* dan mengingatkan kepada yang lain. Aminn.

19 Apr 2011

MUNGKIN ini yang tertulis di tangan takdir???
KU TERIMA semua ini.............

Imbasan Jiwa

Duhai kenangan...
Apesal lah kau perit sangat-sangat??
Tak tertanggung rasanya bila TERimbas kenangan silam.
Kata orang 'untuk apa di ingat? Kalau hanya untuk menambah sedih?'
Cepatlah masa berlalu, cepatlah bumi ni berputar, supaya aku mampu lupekan kenangan-kenangan silam.
Menangis tak terhingga apabila seseorang datang dan pergi.
Kalau semua ini berakhir dengan perpisahan, tak ingin aku dekati pertemuan.
Tapi itu memang tak boleh dipisahkan.
Setiap yang hidup pasti mati.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Begitu juga gembira pasti ada sedih.


Duhai hidup...
Peritnya perjalanan ini ku rasakan.
Tapi aku harunginya dengan ketabahan dan doa.
Apalah daya untuk aku tangisi setiap yang mendukakan aku?
Kata orang, hidup ibarat roda.
Adakalanya aku mampu bangun sendiri.
Adakalanya aku tersungkur berdarah.
Namun aku tetap sendiri, di sini, hari ini, jalani kehidupan ini.
Langkah demi langkah aku maju untuk buat diri ini lebih gembira.
Siapalah aku tanpa 'mereka' di sisi?
Namun aku tetap sendiri dan masih sendiri.


Duhai hati...
Tabahlah memijak duri di bumi ini.
Harungilah dengan cekal.
Pejamkan mata, bernafaslah dengan tenang.
DIA melihat setiap langkah ini.
Moga hati yang sepi ini tabah menanti ujian dari-Nya


Terima kasih wahai Tuhan ku,
Yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya,
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan,
Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang,


Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan,
Mengizinkan ku minta pada-Mu,
Memuja memuji sepenuh hatiku,
Memohon munajat pada-Mu ya Rabbi,


Tapi aku KHUATIR ketika MENGHADAPMU,
Tidak pula pandai BERADAB dengan-Mu,
Aku mula BIMBANG kalau aku DERHAKA dalam keTAATan,
Bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat,
Tapi ku kan dapat KEMARAHANMU,
Ya Rabbal Alamin MAAFKANLAH AKU...
Ya Rabbal Alamin MAAFKANLAH AKU........

T___T

14 Apr 2011

:(

10 April 2011. Ahad.

Again & again!! Urgh!! Sekali lagi, aku rasa macam sedih sangat waktu nie, sebab aku tak dapat ape yang aku nak. Hmm, entah kenape aku rasekan 'mereka' lain sangat. Mungkin aku bukan di kalangan orang yang baik, kan~ Tapi takpelah aku anggap semua tu dugaan dalam hidup aku.


Untuk pertama kali aku rasa bila aku dapat tiket ni, aku dapat bawak 'dier' untuk kali PERTAMA nya ke Istana Budaya. Bukan senang nak ke sana tengok teater kan. Tapi what can i do?? :'( ada beberape hal yang tak dapat dielakkan. Tak tercapai hasrat aku nak bawak 'dier' tengok 'Rebab Berbisik' yang dipersembahkan oleh Rosnan Rahman dan pihak Istamuzika. Ketika ni, aku lah orang yang paling exited. Dan aku dapat rasa 'dier' pun exited masa tu, tapi tak dapat nak pergi. Maafkan saya! :( Apepun one find day, i akan bawak u okey. That's my PROMISE! :')

6 Apr 2011

LOVE Starbucks BeCuz of DIA...~

Hye! Hehe, aku nak story sikit macam mana aku boleh bercinta pulak dengan Starbucks ni haaa. Pada suatu ketika dahuluu.., huu, aku terjumpe dengan seseorang, dulu aku tak pandai pun nak order-order Starbucks nie. Tapi skang ni da pandai laa. xD Hee! Dia tanya aku nak air ape, aku jawab 'taktau, takpandai'. Pastu dia pun orderkan aku Javachip Venti. Dalam hati aku mase tu, 'amende kejadah lahh venti tu..'. Hehe!


Tapi kan, sekarang ni, tekak aku tak bole masuk dah Javachip Venti tu. Skang ni minum Chocolate Cream Chip Venti. Wah wah!! Hehehe!! Sebab ape ek aku suke sangat?? Mungkin sebab ada rasa cream cream milk kott..! Heee!! Aku kan penggemar susu. Cuma sekarang ni dah jarang sangat nak minum susu. Banyak minum air kosong sahaja~ Lalala~
DAN, seseorang yang cadangkan aku Starbucks ni punn skang, dah minat minum ape yang aku order. Weee! Pengaruh yang kuat, ahaksss!! xD

Apabila Aku Menjejakkan Kaki Ke Istana Budaya~

24 Mac 2011, 8.30pm......

Fuhh! Lama ekk tarikh tuu. Not bad lahh kann. Kenape dengan tarikh tu??
Haaa, bukan ape, di sebabkan kepenatan bekerja seharian, aku tak menyempat nak meng'update' blog aku ni. Ini lah kali pertama aku aktif berblog.

Berbalik dengan tarikh keramat di atas tuuuuu. Haaa, special sikit. Sebab aku dapat tiket FREE untuk pergi menonton Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal. Haaa, kebetulan masa tu tempat aku bekerja bersama-sama menjayakan pementasan ni. Best killer dapat tengok lakonan Awie, sebagai watak Lat ketika dewasa. Best best!! Hee!! Itulah kali pertama aku masuk ke Istana Budaya. Haishh! Nama je orang KL, bukannye ape, tiket nak masuk pementasan teater bukan murah kan. Dapat je peluang macam ni, aku bersyukurlah~ ;)

LKBSM, Panggung Sari, Istana Budaya

Kata salah seorang staff di tempat aku bekerja ketika ni, dia kata, aku dengan kawan aku nie, dapat tiket berharga RM200! Fuhh! Masyukk enn! :D Cuba bayangkan, 1 seat jer RM200, tengok movie pun baru belasan ringgit. Anyway, aku berterima kasih kepada Penyelia aku sebab sudi bagi tiket free dekat aku dan kawan aku. Hehe!!

Bercinta dengan Dora-Elmo! :D

Dengan tajuk di atas tu, aku nak bagitahu kamu kamu semua yang di luar sana yang mengenali diri ni. Aku tak suke sangat BEAR a.k.a patung bear lahh kan. Entoh ek kenape, sebab aku tak suke beruang kottt. Hahaha!! Jadi, aku lagi suke toys macam Spongebob ker, Patrick ker, tapi semua tu biase-biase jehh~ :D

Dan yang menjadi kegilaan aku, bila dapat toys Dora & Elmo dari seseorang yang berkenaan lahh. Happy killer dapat toys macam tu. Yelah, sometimes bukan murah pun, kan? Kalau murah pun masih bentuknya macam Dora & Elmo, aku dah cukup berterima kasih kepada dia! Lalalala~ Heee!


Ahaks!! Inilah Dora & Elmo aku! Siang-siang aku kasik dorang duduk dekat atas meja belajar aku. Malam-malam, aku jadikan dorang ni TEMAN TIDUR, hihi! Satu belah kanan dan kiri aku! Eheee!! Dua-dua toys ni, pemberian orang yang berkenaan. Huh? Siapa ek? Ader arr insan tu! Hehe! Elmo tu wrna biru, aku meminati jugak warna biru macam Elmo tu! Apepun, aku sayang mereka! Haha~









Ahaaa!! ini pulak adalah toys KUDA yang aku minat! Tapi bukan aku punye :(
Kepunyaan adik-adik aku. Apepun, nanti dorang dah besar sikit, aku nak simpan! Weeee!!
Comel KUDA BELANG ni kalau tengok depan-depan, boleh berdiri tau! Haaa! KAU ADA?? Wek!! Hihi!! Sayangg semua TOYS aku..!

Pukul lah aku! Bunuh aku sekalipun!

6 April 2011, ape yang mengejutkan aku, apabila My Sis Liana bagitahu aku Ex aku adelah seorang hamba Allah yang sangatt baik hati tu, FITNAH aku. Walaupun aku tahu macam-macam yang dia fitnah aku tapi kali ni dia fitnah aku dekat Ex aku jugak. Kononnya aku nak baik semula dengan dia? Duhaii Hamba Allah, cukup-cukup lah kau dah pijak, tendang, pukul aku sesuka rasa kau. 

Menjadi persoalan sangat pada diri aku yang kerdil lagi hina ni, kenape lah manusia tu dah terhantuk baru nak terngadah? Selalu sangat aku dengar pepatah tu. Hargailah apa yang kita ada & miliki sekarang. Bila da takda?? Baru lah nak menyesal, kecewa, sedih, menangis sekalipun???
 
Kadang aku pun terfikir, apelah salah aku sampai di perlakukan seperti ini? Sebab aku hamba yang lemah dengan setiap ujian yang dapat kat aku.
To someone, pleasee! aku merayu sangat-sangat dekat kau, terima semua ini dengan hati terbuka. Jangan blame aku lagi, atau fitnah aku, atau INGAT aku sekalipun!
Aku tak benci kau, cuma aku taknak kenang lagi peristiwa hitam masa lalu.
Aku dah lama maafkan kau, tolong pergi jauh dari dunia aku.. PLEASE!

To My Dear Sis, Liana, terima kasih sebab bertanya dulu sebelum apa-apa kemungkinan yang MUNGKIN berlaku. Terima kasih sangat-sangat! :)

4 Apr 2011

Ciannn~

Semalam aku ditugaskan menjaga CS di tempat kerja aku kerana mereka ke Putrajaya.
Oleh itu, datanglah seorang 'customer' ni. Dia dari Subang. Dia kata dia bosan and taktau nak buat apa. Maka, dia pun datang office aku, dia lepak situ baca-baca ape yang patut. Haaa, yang atas ni pic dia tengah baca paper dengan seriusnya. Agaknye ada news yang PANAS kutt. Hihi! Masa ni pulak aku tgh jaga CS sambil mengadap pc. Ni pic curi2! Haha. Apepun, aku wish "Thanks" dekat 'customer' ni sebab sudi tunggu aku sampai habis kerja sebab nak balik sesama, and dinner sesama. Hehehe. Dia setia menunggu! Terbaiklah!!