9 May 2011

AKU Versi KARTUN :D

Waktu aku di PBAKL 2011, kadang-kadang bosan, kadang-kadang seronok layan customers, tapi aku berkesempatan jugak pergi lukis muka aku dekat booth Gila-gila. Opss! Bukan muka aku sorang, tapi berdua, dengan adopted sister aku sekali. Hee!

  
Inilah bro yang lukis muka aku & adopted sis aku, Liana
Pelik beno aku tengok muke aku bila dah dilukis. Tapi nak kata sebijik tu taklaa jugak kan. Tapi antara 5 bintang, aku kasik bro ni 4 bintang. Heee! OK lah tu kan bro! :P Apepun thanks kepada yang berkenaan, SEBAB, kalau bukan dia, aku rasa, aku tak lukis kut muka aku macam yang bro tu tgh buat tuu. Hehe!!

Gambar ni aku terbalikkan, tapi ADA AKU KESAH? :P
Tulahh dia muka aku dan adopted sister aku lepas dah kene lukis. Yang ni bukan lukis muka depan2, tapi bro tu tengok dalam hp aku jer, SEBAB, waktu ini aku tak bole lari macam tu aje tinggalkan booth, sebab nanti tak ada siapa nak jaga booth tu, kihkih! Pekerja dedikasi xD Yang aku nampak dalam gambar ni, muka aku yang sama pun sebab ada 'speck', kalau tak? Errrr! ENTAH! Haha!

Kekanda Adinda ;)

Aksi gitar MonoLoque
 Waktu bertugas di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur juga banyak artis yang aku jumpa. Antaranya kumpulan In-Team, Aizat, XPDC, Lah VE, Amir Ruffedge, ramai lagi! Tapi yang datang ke booth aku dan buat persembahan, sorang je, MONOLOQUE, tapi ATILIA takde, MonoLoque sahaja. MonoLoque di jemput untuk memeriahkan booth tempat aku bekerja dan berbincang tentang buku. Hehe. Dapat berbual dengan dia sekejap waktu nak get ready ambil gambar. Dia sempat menunjukkan aksi dengan menggunakan jari dia ketika main gitar, Aku pun ikutlah gaya yang ditunjukkan tu. Hehe!! Dan aku dapat dengar LIVE dia menyanyi lagu Kekanda Adinda dengan menggunakan gitar sahaja, berduet dengan seorang staff perempuan di tempat ak bekerja. Sangat happening orangnya! ;)

MonoLoque ekot aksi aku pula :D

Penggiat Seni Makyung!

Apa Makyung tu? Ia mengetengahkan hampir keseluruhan aspek Makyung, sekaligus membuktikannya sebagai sebuah seni persembahan autentik yang lengkap dengan segala unsur seni. Antaranya teater, tari, lagu, mime, muzik, lelucon, ritual, malah unsur mistik yang terkenal sebagai amalan penting dalam seni persembahan tradisional satu ketika dahulu.

Bahagian Keempat dalam buku Makyung menerangkan tentang “Tokoh Makyung” (itupun kalau anda membaca buku ni), merangkumi lima bab terakhir yang memperkenalkan kepada khalayak pembaca tokoh-tokoh Makyung yang terdiri daripada Seniman Negara, Khatijah Awang; Guru Makyung, Fatimah Abdullah; Adiguru Rebab, Che Mat Jusoh; dan Bintang Harapan, Rosnan Abdul Rahman.

Sebelum Rosnan memulakan persembahan

Rosnan - sewaktu melakukan persembahan
Rosnan Abdul Rahman? Siapa tu?? Haa, dia adalah seorang pelakon yang melakonkan empat watak sewaktu Rebab Berbisik yang berlangsung di Istana Budaya pada 10 April 2011 (time ni company ak je yang pegi tengok) :p Dia sangat hebat! Fuhh! Dia ada juga datang di PBAKL 2011 dkt booth temoat ak bekerja dan masa tulah ak berpeluang tgk persembahan dia dan SNAP gambar bersama dia! Hee!

Bila Aku Bertemu.. Sasterawan Negara!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 habis berlalu, walaupun aku post ni agak lama, SEBAB busy (kononnye) dengan kerja. Apepun kenangan yang paling aku takkan lupa, bila bersemuka dengan Sasterawan A. Samad Said. Fuhh! Kali pertama, macam nervous. Haha! Sebab ak minat sastera-sastera ni, tapi belum pernah jumpa dengan Sasterawan negara yang paling ak minat! Syukurlah, akhirnya tercapai impian ak, bila tempat ak bekerja jemput A. Samad Said datang untuk Program Bicara Sasterawan Negara. 

With Sasterawan Negara A. Samad Said

Waktu Mendengar Bicara Sasterawan Negara

Ape yang buat aku KAGUM dengan A. Samad Said ini, waktu dia berbicara ataupun bercakap dengan sesiapa pun, dia menggunakan bahasa BAKU. Dan aku sangat tertarik dengan beliau sebab beliau seorang yang sangat MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU. Tentulah kan, sebab beliau kan Sasterawan Negara yang tersohor. Aku jugak dapat info yang beliau tak suka sangat kalau ada orang Melayu yang speak English dengan beliau. Fuhh! HEBAT kan! Sangat meminati beliau! ;) DULU aku bercita-cita nak belajar SASTERA MELAYU dengan lebih mendalam. Tapi :( DULU jugak arwah mak aku tak bagi aku ambil bidang tu. Dan SEKARANG aku MASIH meminati SASTERA. :)