17 Jun 2011

15 Jun & 17 Jun 2011

Wahh. Tengok pada tarikh ni, bukan tarikh special aku. tapi utk kedua abang2 kesayangan aku, the twoly bro. Hikhik!! :D 15 dan 17 hari lahir abg2 aku. Dan waktu ni, ayah aku da janji nak wat kenduri sikit antara anak-beranak, tapi ni da pukul 10.20pm daa, kenduri atas tilam jelahhh :( haish!!

Hadiah2 untuk kedua-dua abg aku! Hee! Sama tapi berbeza! :p
Selamat Hari lahir Along & Angah semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu :) AMIN.
Ini jelah hadiah yang mampu aku bagi dekat korang buat masa ni. :)  Hadiah ni share duit dgn kawan aku KK. hikhik!.

Lengan Hampir Patah!

Pagi pada tarikh ni, aku ada interview dkt Kendi Warisan Sdn Bhd. Sama ada aku dapat kerja dkt situ atau tak, WALLAHUALAM. Pasrah sajer. :) Post ni bukan nak cerita pasal interview tu. tapi pasal tangan aku yang nak patah ni haa. Mau2 ada jugak kene stroke. Hmm!

Kejadiannya apabila kisah seorang aku dan seorang dia bergaduh. Kenape ek?? Maybe sebab aku tak ada mood atas sebab2 tertentu setelah 3 hari sebelumnya. Tibalah hari ke 3 iaitu, pada hari ini, aku moody sepanjang hari. Bukanlah ape, cuma, terasa macam lemah sangat. Mungkin aku rasa terganggu dengan macam2 perkara. Kepada seorang dia, maafkanlah aku waktu itu, kerana aku rasa, hilang sabar dgn semuanya. :) thanks! ;)

Bila dah gaduh, macam2 lah jadi kan. Yang terjadi antara seorang aku dan seorang dia tu, bila dia pgg lengan aku kuat2 mcm nak patahkan pun ada. Katanya taknak lepas selagi aku moody. Come on lah dear, masa tu tangan tu sakit, hati pun sakit, kene lah faham. Ya?? Thanks again kepada seorang dia yang selalu bersabar dgn aku. :) "aku hargai kau sebenarnya, cuma aku sangat2 lah rasa terganggu, sbb tu aku nak bersendirian je, tapi kau pulak pujuk ak macam wrong time, sorry dear" :')


Haa, ni lah tangan aku seorang dia telah smash, SEDAP weh! T.T

Fuhh! Kene smash tau lengan aku ni. sakit gilaaaaaaaaaaaa!!!! nampak bengkak tu. ni pun  kebas jer rasa. Fuuuhhhh! Menangis tak berlagu dah aku masa tu. Sesungguhnya aku nak bagitahu kepada seorang dia, "sakit sangat2 :( sebab tu saya nangis jer.. saya tak pernah nangis sebab sakit fizikal orang buat, kecuali parents, dan hari ni adalah KAMU" :( 

Bertampal dah tangan aku. Orang langgar pun mungkin aku akan maki orang tu. hakhak! Sebab sakit sangat2 :( Kenangan yang paling tak dapat aku lupakan. ;)

11 Jun 2011

Pergilah Kenangan..

"Kenape yang berlalu tu pasti menjadi satu ungkitan, atau seolah-olah seperti jelmaan, yang menghantui diri mu. Kenapa tidak dihapuskan begitu sahaja? Mengapa ada saja yang masih menganggu, meraung dan terseksa? Kau dan aku takkan mungkin bersatu, mengapa kau terus menyalahkan aku? Menyalahkan masa silam ku? menyalahkan dia yang aku sayangi? Cukuplah semuanya yang berlalu. Kau takkan mungkin memiliki aku lagi. Apa yang berlaku, hanya suatu persinggahan untuk mengajar kau dan aku erti kasih dan sayang di dunia ini. Sudah, cukuplah kau berdendam dengan ku, sekian lamanya dah pun ak lupakan semuanya. Mungkin tidak pada kau, YA! Berilah ruang pada diri kau sendiri, untuk membetulkan semuanya. Yang berlalu tetap akan berlalu. Yang akan datang, pasti akan menjadi lebih baik. Buanglah segalanya yang pernah menjadi dendaman kita. Sucikan semuanya. Biarkan aku di sini menjalani kehidupan ku sendiri. Tiada apa yang akan lebih membahagiakan aku kecuali dgn pilihanku sendiri. Maafkan semuanya..."