1 Dec 2011

Aidilfitri 1433 H

Salam Syawal buat yang membaca entri ini. ;)

Sudah lama aku tak update blog ni : semenjak dua menjak ada telefon baru ni :D rajin pula nak update tentang diri ni :)

Bermulalah apabila, aku, seperti biasa, tahun ini tidak beraya di mana-mana. 1 Syawal di rumah sahaja. Sepertinya sunyi bagai tiada teman, tv sahajalah menjadi pencinta setia aku. Baju raya aku tahun ini warna hijau pucuk pisang & purple putih. Tapi sehingga kini, baju itu tak pernah aku bawa ke rumah orang untuk pergi beraya. Entah mengapa, sama sahaja bagiku hari raya juga hari biasa :')

Tanggal 2 syawal aku sekeluarga terbang pula ke Sabah. Seperti biasa balik ke sana kerana kampung mama ku. Bila naik sahaja flight, pramugara/ri baik lelaki atau wanita memang kemas pakaiannya. Aku pula sebuk merenung mereka. Cantik2, segak2 mereka ya :D setibanya di Tawau, kampung nenekku, aku seperti ramah pula. Tidak seperti tahun2 sebelumnya. Aku sibukkan diri aku dengan melayan Akim, Adeeb (baby) dan adik2 ku. Tiba pula Zara pada 4 syawal, buatkan aku lebih seronok pula bermain dengan baby2 yang ada. Huu. 5 syawal aku pulang semula ke tempat asalku, bandar Kuala Lumpur. Bandar yang tak pernah lekang dengan jammed. Tapi aku redha ;) inilah tempat kelahiranku :)

Belum sempat aku ke kubur untuk melawat arwah emakku. Terasa syahdu dan sayu hati ini apabila terkenang segala kenangan bersamanya dulu. Aku sedekah "Al-Fatihah" dari jauh yang nyata membezakan dunia kita berdua emakku ;') 7 tahun sudah berlalu emak meninggalkan aku. Inilah ketentuan Allah SWT. Aku redha... :)

Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang sudi membaca entri ini. :)

Untuk kamu; sungguh! Aku rindu kamu saat, masa dan jam ini (1:21am).

Wassalam :)

No comments:

Post a Comment