18 Sept 2012

Al-Fatihah Pakcikku, Rosli Abdul Wahid

Disubuh yang hening, aku bangkit sujud pada-Nya. Lantasku mencapai tuala yang tersidai rapi dan terus ke bilik mandi. Perasaan yang lain daripada biasa apabila aku bangun awal dan bersiap awal. Aku duduk dan termenung. Entah apa yang ku menungkan. Jarum jam mencemburui aku dengan menunjukkan 8.05 pagi. Tersedar, dan berlalu mencapai kunci kereta di para kunci. Matahari menyentuh pipi, dan terus aku memacu pacuan empat roda ku. Setibanya aku dipejabat, seseorang telah mengingatkan aku untuk menempah kereta rasmi kerana kami akan berkursus 2 hari di tengah Kuala Lumpur. Aku hanya mengiyakan sahaja. Kerja2 di meja dan emel mula menimbun, aku focus dan focus sehingga tiba waktu rehat tengaharu. Tanpa sedar, pulang dari rehat tengahari pula jam 1.45 petang. Aku bersandar di kerusi, tiba2 blackB ku berdering irama Taylor Swift "You Belong With Me". Tertera "Abah" di blackB ku. Hatiku berbisik, "apakah gerangan abah telefon aku? Selalunya sms sahaja". Apabila aku menjawab panggilan tersebut, abah memberitahu pakcik yang sangat aku kasihi (abang kepada arwah ibundaku) telah kembali ke rahmatullah. Ketika itu, lantas jatuh airmataku, bibirku laju mengucap kalimah Allah. Mengingatkan aku terus kepada arwah adiknya iaitu ibundaku. Deras airmata ku apabila memacu kereta ku keluar dari perkarangan pejabat. Aku menuju terus ke rumah untuk mengambil adik dan mamaku kerana pergi ke tempat arwah bersama2. Apa yang membuat aku terkilan, apabila dia menguruskan semua harta pusaka milik keluarganya dan menguruskan untuk aku dari arwah makku kepadaku. Alangkah sedihnya aku dan tidak aku tertahan. Aku bertambah sedih apabila isteru arwah iaitu makcikku, memberitahu arwah suaminya itu meninggal sama seperti arwah emaknya juga arwah adiknya (arwah emakku). Iaitu di dalam tidur. Lantas aku berbisik "Ya Allah, adakah ini suratan kematian keluarga ini... Alangkah sayunya hatiku ya Allah...". Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi. Aku sangat merindukan tawamu pakcikku Rosli Abdul Wahid. Al-Fatihah. :'((

2 Sept 2012

Teringin :')

Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku
Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri...
Sesungguhnya tewas menghadapi malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang ku berterus terang...
Adakala ku rasa teringin bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini akan jadi saksi bukan lagi mimpi
Kasihani diriku...
Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan rasa hati
Ku mengharapkan jendela hati terbuka lagi...