1 Dec 2011

Aidilfitri 1433 H

Salam Syawal buat yang membaca entri ini. ;)

Sudah lama aku tak update blog ni : semenjak dua menjak ada telefon baru ni :D rajin pula nak update tentang diri ni :)

Bermulalah apabila, aku, seperti biasa, tahun ini tidak beraya di mana-mana. 1 Syawal di rumah sahaja. Sepertinya sunyi bagai tiada teman, tv sahajalah menjadi pencinta setia aku. Baju raya aku tahun ini warna hijau pucuk pisang & purple putih. Tapi sehingga kini, baju itu tak pernah aku bawa ke rumah orang untuk pergi beraya. Entah mengapa, sama sahaja bagiku hari raya juga hari biasa :')

Tanggal 2 syawal aku sekeluarga terbang pula ke Sabah. Seperti biasa balik ke sana kerana kampung mama ku. Bila naik sahaja flight, pramugara/ri baik lelaki atau wanita memang kemas pakaiannya. Aku pula sebuk merenung mereka. Cantik2, segak2 mereka ya :D setibanya di Tawau, kampung nenekku, aku seperti ramah pula. Tidak seperti tahun2 sebelumnya. Aku sibukkan diri aku dengan melayan Akim, Adeeb (baby) dan adik2 ku. Tiba pula Zara pada 4 syawal, buatkan aku lebih seronok pula bermain dengan baby2 yang ada. Huu. 5 syawal aku pulang semula ke tempat asalku, bandar Kuala Lumpur. Bandar yang tak pernah lekang dengan jammed. Tapi aku redha ;) inilah tempat kelahiranku :)

Belum sempat aku ke kubur untuk melawat arwah emakku. Terasa syahdu dan sayu hati ini apabila terkenang segala kenangan bersamanya dulu. Aku sedekah "Al-Fatihah" dari jauh yang nyata membezakan dunia kita berdua emakku ;') 7 tahun sudah berlalu emak meninggalkan aku. Inilah ketentuan Allah SWT. Aku redha... :)

Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang sudi membaca entri ini. :)

Untuk kamu; sungguh! Aku rindu kamu saat, masa dan jam ini (1:21am).

Wassalam :)

Kadang.....

Di suatu masa yang panjang..
aku termenung sendiri, ape yang berlaku sebenarnya di sekeliling aku?
aku cuba untuk mematangkan fikiran & diri. Bukan mudah hidup di dunia ni. bukan jugak senang untuk mati. :)
Harini aku rasa seperti seseorang yang tiada siapa di sisi. seolah aku seorang diri, sebatang kera dalam dunia ni.
Ramai orang yang aku jumpa, mereka semua gembira, macam aku. tapi hati mereka dan hati aku?? tak ada siapa yang tahu. Aku takut sebenarnya untuk hadapi masa depan. takut aku tersalah langkah. takut aku berseorangan spt yang aku rasa kini. Walaupun aku di hadapkan dengan 1001 dugaan, yang tak terhingga, aku redha dengan ketentuan-Nya. Ape yang aku pelajari dalam hidup ni, supaya jangan banyak merungut, jangan terlalu leka dgn sekeliling, jangan terlalu enjoy, kerana sahsiah diri, adalah dari kita sendiri.

Bahagia Bila Begini :')

Seronok bila tengok ada yang kata aku sentiasa gembira, kerana aku cuba untuk kaburi pandangan mata mereka. Sebaliknya? aku saja yang tahu. Kenangan yang lalu banyak mengajar aku, mungkin aku lemah dengan masa silam, tapi aku tidak bodoh untuk membuat keputusan. Anggap saja lah aku bodoh kerana terlalu mengenang kisah lama, tak mengapa, tapi itu sebenarnya mengajar aku mengenal erti percintaan, erti persahabatan, erti hidup yang sebenarnya kejam. Aku cuba bentuk hidup aku menjadi lebih baik, biar aku bergantung, tapi tidak menyusahkan. Ada sesetengah pihak menganggap aku memperbodohkan mereka, tapi tidak sebenarnya. Kadang aku diam, aku mengiyakan kerana aku buntu, aku cuba fikir semula, jalan apa yang aku harus pilih untuk buat hidup aku jdi lebih baik? Suratan kah semua ini @ kebtulan saja.. Aku tak ada jawapan itu. Aku terus keliru dan buntu hingga kini. Kadang aku tktahu mana arah patut aku tuju. Mungkin, aku perlu beri sedikit ruang untuk berubah menjadi lebih baik, untuk kenal dunia ni, untuk faham peraturan hidup sebagai seorang insan dan hamba-Nya.

Biarlah masa tentukannya. Biarlah waktu bergulir pergi. Biarlah hari berganti hari. Aku masih lagi di sini, cuba untuk btulkan hidup aku. Cuba menjadi lebih baik, walaupun bukan yang terbaik. :') Untuk kamu, katakanlah apa saja tentang aku, aku tulus menerimanya. :) selagi kamu tulus menerima kehadiran aku dalam hidup kamu. :')